Rabu, 25 September 2019

Kos Bersalin di KPMC Kajang

KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE

Sejujurnya pasal kos belanja bersalin ni hasben sis da survey dari awal sis mengandung dan dia buat perbandingan harga dengan beberapa hospital. Awal tu kami nak sambut baby pertama kami ni kononnya kat ANDORRA. Sebab andorra pun termasuk panel dalam company hasben sis.

Sis da happy dok berangan nak bersalin ANDORRA. Haha. Tiba-tiba tak jadi. Hasben bagitahu kos kat Andorra mahal sangat. Hahaha. Survey punya survey akhirnya KPMC menjadi pilihan husben.

So, procedure nak bersalin kat sana, husben sis call dulu and tanya bila blh daftar untuk isteri bersalin. Then nurse akan tanya kandungan isteri da berapa minggu, and mintak kita buat pilihan doktor mana yang kita nak. So, ikutkan di KPMC Kajang, ada doc perempuan and doc lelaki. Perempuan samada Dr Anitarina ataupun Dr Mimi. Dr lelaki, Dr Haizal. Sis pilih Dr Anitarina. Then nurse bagitahu, bila kandungan dah cecah 36 weeks dah boleh daftar bersalin KPMC and mesti kena 3x checkup kat sana.

Jadi, sepanjang checkup tu sis dengan Dr Anita. Dr Anita baik, lembut, pakai tudung labuh orangnya. Bila dengan pt pun cakap lembut, kalau ada benda yg merisaukan mcm sis ada gbs positive Dr Anita tetap chill tenangkan sis, katanya insyaAllah x ada apa.. sepanjang checkup sana memang semua menggunakan GL dari PMCARE yg cover company husben. Limit tiap kali checkup RM150. Sepanjang checkup pernah sekali je lebih limit sebab time tu sis kena ambil sampel untuk test GBS. So kalau nak dianggarkan checkup kat sana atleast kena ada RM150. Yg guna GL, makesure print dulu GL dr PMCARE untuk prenatal checkup then bg kat nurse untuk uruskan bayaran nanti. Btw, untuk checkup dgn Dr Anita uols kena sabar lah banyak-banyak, sbb doc banyak sgt pt. Menunggu tu memang lama. Serius x tipu! Haha.


PAKEJ BERSALIN DI KPMC 



Time sis bersalin ni bulan May, 2019. 

Untuk pakej yang sekarang, setahu sis KPMC dah naikkan sikit harga tu.. nnti korang check kat link ni.

http://kpmc.com.my/k1/

Sis dan husben pilih yg single deluxe room. Total pakej RM2390 termasuk :
- Penginapan 2h1m
- Perundingan dgn Pakar
- Pemeriksaan bayi
- Vaksin bayi
- Pemeriksaan darah bayi
- Penjagaan Nursery

Harga pakej ni memang fixed itu je, andaikata time bersalin nanti tiba-tiba kena guna alat lain mcm vacuum ++, ubat tahan sakit ke so akan dikira caj tambahan.

And, alhamdulillah sis bersalin normal and ada jugak beberapa caj tambahan yg sis x berapa nak ingat. Cuma kami tambah untuk sunatkan baby. Sunat baby girl time ni RM50.


PMCARE COVER 

Jadi, untuk company husben sis, bersalin normal dia cover RM1800. Kalau Caeser RM3000. Selebihnya sendirian berhad. Tambah tolak semua, total yang husben sis kena bayar hanya RM900 lebih sahaja dan selebihnya RM1800 telah dibayarkan oleh PMCARE. 

So, anggaran untuk bersalin normal di KPMC yang sis dapat bagi adalah dalam RM2700++. InsyaAllah untuk uols yang ada perancangan nak mengandung tu and nak bersalin kt hosp swasta, better dalam simpanan bersalin atleast ada dalam 7K. Sebab takut lah kalau apa-apa jadi. 

Itu je kot untuk entry kali ni. Macehhh...


Pengalaman Bersalin KPMC Kajang

Jam 5am, 27 Ramadan 1440H bersamaan 29 May 2019 

Bangun pagi memang nak ke toilet sebab nak shishi, time tu husben sis dok prepare makanan dia nak sahur. Sis dah x puasa da time ni sebab dah sarat plus doc ada bagitahu air ketumban kurang. Kita pun takot la..terus tak puasa untuk kebaikan baby..

Masuk toilet shishi, ttbe ada lendir darah tu..confirm bukan period! Haha.. tapi still x ada rasa sakit contraction. Nampak darah dah tau daaa ni tanda ni..baby nak keluar dah ni.. tapi kalau ikut pembacaan sis dalam ig eja_confinementhelper (RECOMMENDED TO FOLLOW) selagi tak rasa sakit yg kejap2 datang 10 minit and makin kerap datang cuba tahan and layan sakit tu then g hospital. Tapi disebabkan anak pertama, x ada pengalaman, takut semua, keluar je toilet pegi kt husben bgtau, "sayang, ada darah.."

Husben sis punya gelabah kalah sis uols...hahaahhaa! Barang ofkos da siap prepared bila masuk je baby 37-38 minggu. Dia punya gelabah x tau nak cakap cane, sis lak yg rileks sempat pegi mandi kejap. (ni pun sbb dr ig eja_confinementhelper) tips bersalin tenang.. TQ KAKLONG!

Siap dah semua bergerak ke KPMC KAJANG. Memang pilih hospital tu and Dr Anitarina untuk sambut baby. 10 minit dari rumah. Sampai je nurse suruh salin baju, baring. Check bukaan.. time tu bukaan da 4cm. Btw, uols yang nak bersalin, jgn takut sgt time check bukaan, x sakit sgt pun insyaAllah masih under control. Dah 4cm nurse pun terus suruh siap2 bagi ubat buang air besar. Da buang semua kena masuk BILIK BERSALIN.

DALAM BILIK BERSALIN


Bukaan still 4cm.. pukul 7am-8am. Husben ada dok sebelah kanan baca surah apa pun sis x sure time tu dah mcm x percaya dah nak bersalin. hahaha. Muka pun macam apa je time ni. HAHAHA.
Doc sampai, pecahkan air ketumban n check bukaan still 4cm. Nurse time ni dah cucuk jarum untuk drip air da. Doc tnya u x sakit ke, mmg x rasa apa lg time tu, sakit yg masih blh kawal la konon. Disebabkn itu, doc suruh hantar ke ward dlu sementara tggu bukaan.

BILIK WARD (SINGLE ROOM)

8am-10.30am

Terbaringlah dalam ward nak tunggu bukaan. Tapi time ni serius sis ckp, SAKIT GILER! Dah start da contraction dia every 5-7 mins. Time 1st rse sakit tu, maka mengalirla air mata sis yg mmg puteri airmata ni.. Husben sis dok pegang tgn, ckp "sayang boleh, tarik nafass...lepasss...tarik nafasss....blabla.." Kita try dgr n follow jugak. Sebab jaga pernafasan ni boleh kurangkan sakit insyaAllah. Time dah x tahan memang sis mcm keluar gak suara menjerit suruh pnaggil nurse. (Uols yg blh tahan, ikutkan jgn menjerit lg bgs, untk save energy). Nurse dtg check bukaan da 5cm. Then, dorang decided masuk LR.

SAAT-SAAT MELAHIRKAN 

10.30am-12.24pm

Time ni sis fikir dah boleh beranak dala.. x tahan da sakit. Tapi rupanya kena tunggu lagi sampai bukaan 10cm. Nak tggu lg 5cm tu YaAllah.......Allah jela tahu rasa sakit contraction tu. Tiap 5-7mins sis akan okay lepastu dtg balik contraction. Bila contaction dtg je, memang sis genggam tangan husben sis kuat giler la. Bile time x tahan je sis siap pukul dia hahaha. Tak habis-habis suruh panggil nurse. Bila dtg baru 7cm. Menahan la lagi sis..kali ketiga mintak hasben panggil nurse, dia mcm xnak panggil taw sebab dia rse blm lg 10cm. Kita sakit niiii kita tau lahhh...sampai sis yg jerit, "NAK TERBERAK DAAA.." sebab kt sana nurse dorang guna istilah tu..dari luar LR dok dgr nurse menjerit, "BILIK 2 nak beraaakkk.." nak gelak tp x pedulik da, aku nak beranak ni! So, sister dia dtg check bukaan, alhamdulillah 10cm daaaaa....LEGA GILER dengar tu. Terus doc masuk ready untuk suruh PUSH!!

10cm.

Nurse 4 org datang, dua orang jaga kanan, dua orang jaga kiri. Husben sis dorang suh jaga kepala jangan bagi dongak ke atas. (Time bersalin make sure mata n kepala kita pandang perut kita time nk push). Datang je contraction baru boleh push. Kaki sis dikangkangkan sebesarnya dorang letak apa tah namanya suruh gantung kaki kt situ.. lenguh giler kaki kat situ. Contraction yg pertama dtg untuk push baby keluar, x jadi sebab dorang kata sis push x betul. hehe..(mmg la 1st time). Datang contraction kedua, sis push, yg nurse-nurse dok tolak perut sis dr atas, doc nampak tenang menunggu di pintu. haha. Kali ni betul da, nurse-nurse n doc cakap haa betul ni pandai...push lg, tahan nafas lama sikitt, pushhh..tp sis still x lepas lg sebab x reti curik nafas. Contarction ketiga try lagi....pusshhhhh!! TAHANN...memang sakit puann..pushhh..! itu kata-kata semangat nurse-nurse hahahaa. Husben dok suruh jaga nafas je... but still, time ni baru keluar hujung kepala, doc kata hidung x lepas lg ni. Tapi memang da rasa kat pintu tu da ada benda tersekat. FUHH! Sakit gak time ni oii!! Rehat sat x ada contraction, sis mintak air kt husben, sbb tekak rse kering sgt, sbb kita nak push tu mcm kita meneran melalui tekak, mcm berdehem tu..(blh baca di eja_confinement). Lepas minum air baru sis blh teran habis-habisan...tapi still ada jugak gunting sikit, 1st degree.



Nawrah Humaira. 2.75kg. 49cm. 

Maka, tepat jam 12.24pm lahirlah puteri sulung kami yg diberi nama NAWRAH HUMAIRA BINTI AMIRUL HAZIM. 29/5/2019. Awal dua hari dari tarikh EDD.

Doc bagi pegang baby kejap then, nurse ambil bersihkan semua. Time tu, sis kena jahit lah kat bawah tu. Tapi x rasa apa-apa. Dah dibius rasanya. Lepas siap semua, nurse cuci sikit kt bahagian bawah tu then pakaikan maternity pad. Lepastu bangun dah tolak guna wheelchair masuk bilik.


Next entry sis cerita pasal kos bersalin di KPMC Kajang.