KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE |
Sejujurnya pasal kos belanja bersalin ni hasben sis da survey dari awal sis mengandung dan dia buat perbandingan harga dengan beberapa hospital. Awal tu kami nak sambut baby pertama kami ni kononnya kat ANDORRA. Sebab andorra pun termasuk panel dalam company hasben sis.
Sis da happy dok berangan nak bersalin ANDORRA. Haha. Tiba-tiba tak jadi. Hasben bagitahu kos kat Andorra mahal sangat. Hahaha. Survey punya survey akhirnya KPMC menjadi pilihan husben.
So, procedure nak bersalin kat sana, husben sis call dulu and tanya bila blh daftar untuk isteri bersalin. Then nurse akan tanya kandungan isteri da berapa minggu, and mintak kita buat pilihan doktor mana yang kita nak. So, ikutkan di KPMC Kajang, ada doc perempuan and doc lelaki. Perempuan samada Dr Anitarina ataupun Dr Mimi. Dr lelaki, Dr Haizal. Sis pilih Dr Anitarina. Then nurse bagitahu, bila kandungan dah cecah 36 weeks dah boleh daftar bersalin KPMC and mesti kena 3x checkup kat sana.
Jadi, sepanjang checkup tu sis dengan Dr Anita. Dr Anita baik, lembut, pakai tudung labuh orangnya. Bila dengan pt pun cakap lembut, kalau ada benda yg merisaukan mcm sis ada gbs positive Dr Anita tetap chill tenangkan sis, katanya insyaAllah x ada apa.. sepanjang checkup sana memang semua menggunakan GL dari PMCARE yg cover company husben. Limit tiap kali checkup RM150. Sepanjang checkup pernah sekali je lebih limit sebab time tu sis kena ambil sampel untuk test GBS. So kalau nak dianggarkan checkup kat sana atleast kena ada RM150. Yg guna GL, makesure print dulu GL dr PMCARE untuk prenatal checkup then bg kat nurse untuk uruskan bayaran nanti. Btw, untuk checkup dgn Dr Anita uols kena sabar lah banyak-banyak, sbb doc banyak sgt pt. Menunggu tu memang lama. Serius x tipu! Haha.
PAKEJ BERSALIN DI KPMC
Time sis bersalin ni bulan May, 2019.
Untuk pakej yang sekarang, setahu sis KPMC dah naikkan sikit harga tu.. nnti korang check kat link ni.
http://kpmc.com.my/k1/
Sis dan husben pilih yg single deluxe room. Total pakej RM2390 termasuk :
- Penginapan 2h1m
- Perundingan dgn Pakar
- Pemeriksaan bayi
- Vaksin bayi
- Pemeriksaan darah bayi
- Penjagaan Nursery
Harga pakej ni memang fixed itu je, andaikata time bersalin nanti tiba-tiba kena guna alat lain mcm vacuum ++, ubat tahan sakit ke so akan dikira caj tambahan.
And, alhamdulillah sis bersalin normal and ada jugak beberapa caj tambahan yg sis x berapa nak ingat. Cuma kami tambah untuk sunatkan baby. Sunat baby girl time ni RM50.
PMCARE COVER
Jadi, untuk company husben sis, bersalin normal dia cover RM1800. Kalau Caeser RM3000. Selebihnya sendirian berhad. Tambah tolak semua, total yang husben sis kena bayar hanya RM900 lebih sahaja dan selebihnya RM1800 telah dibayarkan oleh PMCARE.
So, anggaran untuk bersalin normal di KPMC yang sis dapat bagi adalah dalam RM2700++. InsyaAllah untuk uols yang ada perancangan nak mengandung tu and nak bersalin kt hosp swasta, better dalam simpanan bersalin atleast ada dalam 7K. Sebab takut lah kalau apa-apa jadi.
Itu je kot untuk entry kali ni. Macehhh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan