Khamis, 10 Oktober 2019

Buang Cyst 7cm (Laparoscopy Surgery)


LAPAROSCOPY SURGERY a surgical procedure in which a fibre-optic instrument is inserted through the abdominal wall to view the organs in the abdomen or permit small-scale surgery.


BILA DAPAT DETECT ADA CYST? 


Ni soalan paling femes org tanya, macamana blh tahu, sakit ke..blabla..??



29/6/2019 : Sebulan selepas bersalin. So basically, lepas bersalin Nawrah tu doc set kan appoitment untuk postnatal checkup. Tujuan nak scan tgk rahim da kecut ke, jahitan makin baik da ke blm... tapi..... lain yg DIJUMPAI.. 😢 Siapalah sangka akan ada cyst di ovari kiri.. sebab medical history before ni pun cun je.. UJIAN ALLAH nak bagi.. 



Jadi, ceritanya memang lin x ada rasa sakit or rasa any perubahan kt perut time tu. Dapat tahu pun sebab scan.. kalau x ada postnatal checkup tu memang lin x tau la sampai kesudah..... 😂


Left Ovarian Cyst (3cm)
Lepas doc scan, nampak la mcm bulat dlm gambar tu..time tu baru 3cm. Kecik lagi.. doc just bagitahu monitor je and datang balik after 3 months untuk tgk cyst tu makin membesar or hilang sendiri.


Silapnya lin ni...dah tau ada cyst tapi buat donno and dgn yakinnya rasa cyst ni akan hilang sendiri nanti. HAHAHAHA! Disebabkan terlalu yakin tu lah....

After 3 months (17/9/2019)

Left ovarian cyst (7cm)


HAMEK KO! Terperanjat haa dia membesar dgn jayanya di perutku dari 3cm ke 7cm.. 😪 Doc tgk je da besau cmni, terus dia ckp, "I nasihatkan u untuk buang la.." 
Lin bukan doc and bukan pakar untuk explain pasal ni, tapi ni sharing melalui apa yg doc explain dan pengalaman sendiri. 



Kita x pernah ada pengalaman bedah ni, mcm percaya x caye jeee nak kena bedah. Bersalin dah normal, kena bedah la pulak... KESIAN PEREMPUAN. 😭


So, doc explain in general la operation tu macamana, and set tarikh untuk bedah. Lin pilih hari sabtu 22/9/2019. 

Okay, masuklah topik laparoscopy surgery. Ini lah pertama kali lin dengar nama tu..hahaha!

LAPAROSCOPY SURGERY


Gambaran perut yg kena tebuk 😹



Dari rajah atas tu boleh la bayangkan macamana proses pembedahan tu dijalankan. Tiga lubang ditebuk, yg atas pusat tu untuk masukkan kamera, lg dua lubang tu ikut kat mana cyst kita ada (kiri or kanan), mcm lin belah kiri so tebuk dua kat kiri, dari lubang tu lah doc akan cari cyst and keluarkan melalui lubang tu. Diberitahu juga semasa dalam bilik OT lin akan dipengsankan sepenuhnya. Kira x sedar semasa pembedahan tu dibuat.  


Lin kira beruntung lagi sebab cyst tu baru 7cm, kalau besar lagi, mungkin kena belah perut untuk keluarkan cyst. So doc bgtahu jugak, kenapa buat laparoscopy compared to belah je sebabnya untuk kurangkan sakit and luka kecik je lepas pembedahan plus ukuran cyst masih dikira kecil lagi untuk dikeluarkan. 



Share sampai sini dulu eh, sambung next entry untuk sblm, semasa dan selepas operation.
TQ BACA! 😉

















Rabu, 9 Oktober 2019

Persediaan Ilmu + Emosi Sepanjang Isteri Mengandung dan Melahirkan

Salam guys, so harini sambung bab Ilmu+Emosi. 

Bagi bab ilmu. Bab melahirkan anak ni ada 3 jenis ilmu yang aku pecahkan dalam kepala aku.

Pertama, semasa mengandung.
Kedua, semasa bersalin
Ketiga, semasa berpantang

Si suami tak perlu tahu terperinci sangat tapi usaha untuk tahu sebab ingin memahami isteri secara fizikal dan emosi sebab sebagai suami kita takkan faham pengorbanan isteri. Dan jika isteri nampak usaha suami, emosi mereka akan bertambah dan sentiasa baik dan ini akan mempermudahkan urusan sehingga berpantang inshaAllah.

Cara aku ialah aku set objektif untuk tiap 3 peringkat di atas. Macam mana nak set objektif? Apabila isteri atau doktor ada utarakan masalah, si suami selidik penyelesaiannya.

1. Objektif semasa mengandung:
  • Berat badan isteri dan bayi meningkat dengan normal, tiada GDMJ
  • Jumlah air ketuban kekal normal sepanjang 9 bulan
  • No GBS bacteria, kalau ada pergi pastikan awal-awal untuk cegah awal
  • Makanan khasiat untuk anak dan isteri


2. Objektif semasa bersalin:
  • bersalin normal
  • membantu pernafasan isteri semasa contraction
  • pastikan posisi badan isteri betul


3. Objektif berpantang:
  • Jaga bayi supaya isteri dapat berpantang dengan tenang dan dapat cukup rehat
  • Pastikan ubat yang isteri perlu makan, diambil tepat pada masanya.
  • Belajar segala berkenaan penjagaan isteri berpantang dan bayi dengan bidan pantang/ibu bapa.

Jadi, apabila sudah tahu objektif maka boleh lah mula usaha untuk capai objektif. 
Selidik dan cari ilmu untuk capai objektif, sembang dengan isteri segala dapatan untuk menukar idea dan tunjuk isteri kita punya usaha.

Aku juga sarankan beli buku. Sumber memang banyak kat alam maya tapi penting untuk ada sumber rujukan yang sahih untuk buat perbandingan iaitu buku. Macam aku, aku beli dua buku ni, 



Selain ilmu megandung, bersalin dan berpantang, sebagai suami kita perlu bersedia dengan ilmu agama juga. Antara contoh perkara yang perlu belajar ialah:
  • lazimkan bacaan quran semasa mengandung terutama bila anak dalam kandungan sudah mempunyai deria
  • Hikmah memberi layanan yang baik pada isteri dan ganjarannya disisi Allah berdasarkan Quran
  • Amalan dan doa untuk mempermudahkan urusan bersalin isteri dan juga perlindungan untuk isteri dan anak
  • Sunnah setelah bayi lahir seperti azan etc.Dan lain-lain yang berkenaan.

Ilmu diatas boleh diperoleh dalam buku dan alam maya. Pastikan sumber sahih bila peroleh dari alam maya.


Bab Emosi:

Bab emosi ini senang saja, suami jaga emosi isteri dengan :

  • Berusaha untuk mendapatkan tempat bersalin yang terbaik buat isteri (terbaik bukan bererti termahal tapi hospital yang menyediakan servis yang baik dan patuh syariah. Tertakluk kepada kemampuan tapi paling utama keselamatan isteri dan anak. Aku juga ingin tegaskan yang hospital kerjaan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia namun pilihan swasta adalah atas kemampuan diri aku)
  • Menuntut ilmu yang dinyatakan di atas dan berbincang dengan isteri berkenaan ilmu yang dipelajari. Ini membantu emosi isteri sebab isteri akan nampak usaha suami untuk bersama-sama dalam menghadapi kelahiran cahaya mata. Diingatkan isteri mengandung bukan sebab isteri tapi isteri mengandung sebab suami dan isteri.
  • Membantu urusan rumah seperti basuh baju, basuh pinggan, basuh tandas dan kemas rumah.
  • Mengurut bila badan dan kaki isteri rasa sengal atau sakit
  • Turuti mengidam isteri


Ini antara contohnya lah. Kata kunci dia, jaga emosi isteri. Emosi sepanjang mengandung memainkan peranan yang sangat penting semasa bersalin. Jika isteri dan suami, tenang dengan ilmu maka semasa bersalin inshaAllah tenang dan dipermudahkan Allah.

Aku akhirkan kongsi ini dengan, segala usaha yang dinyatakan akan bertambah efektif jika kita salutinya dengan sentiasa berdoa dan munajat kepada Allah. Usaha, doa dan tawakal. InshaAllah dengan redha dan izin Allah, Allah akan makbulkan usaha dan doa kita.

Terima kasih.

Persediaan Sebelum Bersalin (Suami)

Assalamualaikum semua, 

untuk kongsi kali ini aku nak share sikit pengalaman aku dalam menghadapi proses menjadi seorang bapa. Aku nak kongsi persediaan apa yang aku buat bagi memastikan pengalaman isteri aku bersalin untuk pertama kali ini mudah, indah dan patuhi syariah.

Aku bahagikan persediaan yang aku buat kepada 3 perkara.
Yang pertama, kewangan.

Yang kedua, ilmu.

Yang ketiga, emosi.



Aku share pasal kewangan dulu. 

1. Selidik berkenaan kos hospital swasta dan kerajaan untuk bersalin normal dan caeser.

Normal ialah bersalin tanpa pembedahan dan caeser ialah bersalin dengan pembedahan. Secara asasnya, caeser akan lagi mahal daripada normal. Konklusi aku sendiri lepas selidik, untuk tahun 2018/2019, anggaran kasar aku untuk bersalin hospital swasta (aku pilih swasta atas sebab memang aku dah kumpul duit dan nak jaga aurat isteri jika mampu, tapi aku nasihat benda paling utama ialah keselamatan isteri dan anak, kedua kemampuan kewangan dan terakhir baru aurat), budget yang selamat untuk bersalin normal ialah RM4000 dan budget yang selamat untuk bersalin caeser ialah RM10000 (budget ini untuk hospital swasta bilik single). Lepas selidik, rekod segala maklumat dalam excel agar mudah untuk dirujuk kembali dan buat perbandingan.

Bawah ini, senarai hospital yang aku telah selidik. Senarai ini sesuai untuk mereka yang tinggal berdekatan bangi, kajang atau seri kembangan:

-KPMC Kajang

-Andorra Hospital

-KPJ Kajang

-FPP Hospital Putrajaya
-Hospital Az-Zahra


Sedikit maklumat berkenaan FPP, FPP (Full Payment Patient) ialah satu inisiatif hospital kerajaan untuk menyediakan servis swasta di Hospital kerajaan tapi dengan bayaran penuh. Aku nak FPP pada mulanya di Hospital Putrajaya tapi gagal sebab sudah penuh ditempah manusia lain. Maka, kepada sesiapa bercadang nak buat FPP, tahu mengandung saja terus telefon Hospital FPP untuk tempah. Kelebihan dia layanan swasta dengan harga yang lebih murah daripada market swasta dan ada NICU jika bayi perlu warded.
Boleh baca lanjut kat sini

https://mypf.my/2016/10/21/malaysian-hospitals-full-paying-patient-services-fpp/


2. Sediakan bajet untuk bayi selepas lahir dan juga untuk isteri mengandung/di hospital/bakal berpantang.

Bajet bayi ini kita boleh bahagi 2. Barang bayi yang mesti ada sebelum bersalin dan barang bayi yang perlu beli selepas bersalin.
Contoh barang bayi yang mesti ada sebelum bersalin:

-pampers

-carseat

-wet tissue

-minyak telon
-baby oil
-baju bayi, rompers etc. Mitten and baby socks.
-spray bottle untuk basuh najis bayi
-alas cuci najis bayi
-basin mandi bayi
-botol susu bayi
-tempat tidur bayi, babycot
Dan lain-lain yang berkenaan.


Contoh barang bayi selepas lahir yang tak bersifat urgent:

-stroller

-kasut bayi

-baju bayi yang berlebihan

Dan lain-lain yang berkenaan.

Contoh barang isteri yang mengandung:

-baju mengandung

-seluar atau kain mengandung

Dan lain-lain yang berkenaan.


Kenapa baju baru, seluar dan kain baru? Sebab saiz badan isteri bertambah, tidak elok untuk kesihatan jika mereka pakai pakaian terlalu ketat.


Contoh barang isteri semasa bersalin:

-disposable underwear

-maternity pad

-stokin tebal

-sweater kalau tak ada
Dan lain-lain yang berkenaan.


Contoh barang isteri semasa pantang:

-bengkung

-minyak panas

-kain batik.

Dan lain-lain yang berkenaan.

Buat excel juga for checklist and comparison purposes.

3. . Apply for credit card.

Yang terakhir untuk bab kewangan, ini adalah pilihan dan tertakluk kepada yang berasa perlu. 
Kenapa credit card sedangkan dia buat hutang je?
Credit card ni berguna bila worst case scenario la. Contohnya, kita dah kumpul Rm10000 dah tapi masih tak cukup. 

Maka gunalah credit card. 

Kemudian, apply for 0% installment. Tertakluk kepada bank, mereka boleh bagi 12, 24 atau 36 bulan.
Aku guna credit card maybank (ikhwan credit card). Tapi jangan lupa call hospital swasta dan tanya sama ada mereka boleh buat atau tidak. So, bila bayar kat billing desk, cakap nak bayar credit card dan nak buat 0% installment. Jika dan hanya jika bill anda melambung tinggi. Dalam kes saya, saya tak guna pun..

Untuk next entry aku masuk bab ilmu n emosi pulak.