Rabu, 9 Oktober 2019

Persediaan Ilmu + Emosi Sepanjang Isteri Mengandung dan Melahirkan

Salam guys, so harini sambung bab Ilmu+Emosi. 

Bagi bab ilmu. Bab melahirkan anak ni ada 3 jenis ilmu yang aku pecahkan dalam kepala aku.

Pertama, semasa mengandung.
Kedua, semasa bersalin
Ketiga, semasa berpantang

Si suami tak perlu tahu terperinci sangat tapi usaha untuk tahu sebab ingin memahami isteri secara fizikal dan emosi sebab sebagai suami kita takkan faham pengorbanan isteri. Dan jika isteri nampak usaha suami, emosi mereka akan bertambah dan sentiasa baik dan ini akan mempermudahkan urusan sehingga berpantang inshaAllah.

Cara aku ialah aku set objektif untuk tiap 3 peringkat di atas. Macam mana nak set objektif? Apabila isteri atau doktor ada utarakan masalah, si suami selidik penyelesaiannya.

1. Objektif semasa mengandung:
  • Berat badan isteri dan bayi meningkat dengan normal, tiada GDMJ
  • Jumlah air ketuban kekal normal sepanjang 9 bulan
  • No GBS bacteria, kalau ada pergi pastikan awal-awal untuk cegah awal
  • Makanan khasiat untuk anak dan isteri


2. Objektif semasa bersalin:
  • bersalin normal
  • membantu pernafasan isteri semasa contraction
  • pastikan posisi badan isteri betul


3. Objektif berpantang:
  • Jaga bayi supaya isteri dapat berpantang dengan tenang dan dapat cukup rehat
  • Pastikan ubat yang isteri perlu makan, diambil tepat pada masanya.
  • Belajar segala berkenaan penjagaan isteri berpantang dan bayi dengan bidan pantang/ibu bapa.

Jadi, apabila sudah tahu objektif maka boleh lah mula usaha untuk capai objektif. 
Selidik dan cari ilmu untuk capai objektif, sembang dengan isteri segala dapatan untuk menukar idea dan tunjuk isteri kita punya usaha.

Aku juga sarankan beli buku. Sumber memang banyak kat alam maya tapi penting untuk ada sumber rujukan yang sahih untuk buat perbandingan iaitu buku. Macam aku, aku beli dua buku ni, 



Selain ilmu megandung, bersalin dan berpantang, sebagai suami kita perlu bersedia dengan ilmu agama juga. Antara contoh perkara yang perlu belajar ialah:
  • lazimkan bacaan quran semasa mengandung terutama bila anak dalam kandungan sudah mempunyai deria
  • Hikmah memberi layanan yang baik pada isteri dan ganjarannya disisi Allah berdasarkan Quran
  • Amalan dan doa untuk mempermudahkan urusan bersalin isteri dan juga perlindungan untuk isteri dan anak
  • Sunnah setelah bayi lahir seperti azan etc.Dan lain-lain yang berkenaan.

Ilmu diatas boleh diperoleh dalam buku dan alam maya. Pastikan sumber sahih bila peroleh dari alam maya.


Bab Emosi:

Bab emosi ini senang saja, suami jaga emosi isteri dengan :

  • Berusaha untuk mendapatkan tempat bersalin yang terbaik buat isteri (terbaik bukan bererti termahal tapi hospital yang menyediakan servis yang baik dan patuh syariah. Tertakluk kepada kemampuan tapi paling utama keselamatan isteri dan anak. Aku juga ingin tegaskan yang hospital kerjaan Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia namun pilihan swasta adalah atas kemampuan diri aku)
  • Menuntut ilmu yang dinyatakan di atas dan berbincang dengan isteri berkenaan ilmu yang dipelajari. Ini membantu emosi isteri sebab isteri akan nampak usaha suami untuk bersama-sama dalam menghadapi kelahiran cahaya mata. Diingatkan isteri mengandung bukan sebab isteri tapi isteri mengandung sebab suami dan isteri.
  • Membantu urusan rumah seperti basuh baju, basuh pinggan, basuh tandas dan kemas rumah.
  • Mengurut bila badan dan kaki isteri rasa sengal atau sakit
  • Turuti mengidam isteri


Ini antara contohnya lah. Kata kunci dia, jaga emosi isteri. Emosi sepanjang mengandung memainkan peranan yang sangat penting semasa bersalin. Jika isteri dan suami, tenang dengan ilmu maka semasa bersalin inshaAllah tenang dan dipermudahkan Allah.

Aku akhirkan kongsi ini dengan, segala usaha yang dinyatakan akan bertambah efektif jika kita salutinya dengan sentiasa berdoa dan munajat kepada Allah. Usaha, doa dan tawakal. InshaAllah dengan redha dan izin Allah, Allah akan makbulkan usaha dan doa kita.

Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan